Selamat Datang ke Aryza

Chia Seed & Chia Miracle Oil

Aryza ditubuhkan ketika masyarakat Malaysia masih kurang kesedaran tentang kebaikan khasiat SUPERFOOD Chia SEED kepada kesihatan. Sehingga kini rakyat Malaysia sibuk disogokkan dengan pelbagai supplement kesihatan yang tentunya membebankan  kewangan sekeluarga, maka kami berpendapat pilihan makanan ORGANIK ini dengan harga mampu milik pasti memberikan penyelesaian kepada golongan ini.

Malangnya, kesedaran tentang khasiat hebat SUPERFOOD ini lebih kepada golongan urban dan tidak sampai kepada warga-warga  luar bandar serta kepada yang kurang berkemampuan.

Justeru itu, ARYZA ditubuhkan pada Mei 2016. Aryza merupakan milikan penuh Bumiputra Muslim. Melalui syarikat ini, kami melakukan sendiri proses mengimport terus BIJIAN CHIA SEGAR DARI LADANG MEXICO terus kepada pengguna Malaysia. Bijian Chia kualiti Premium ini disahkan patuh Akta Kawalan Rawatan Phytosanitasi daripada proses pembersihan di ladang, penyimpanan hingga urusan penghantaran ke negara Malaysia.

Baca Lagi >>

ARYZA Chia Seed

Seeding Your Soul

Aryza Chia Seed

 

 

ARYZA Chia Seed mengandungi 100% biji chia kualiti premium yang diimport terus dari Mexico dan merupakan jenama biji chia yang paling dipercayai oleh semua pengamal diet.

ARYZA chia seed dijamin bersih dan halal. Proses pembersihan dan pensterilan ultra ungu (UV) dilakukan di Mexico sebelum biji chia diimport ke Malaysia untuk memastikan biji chia bebas daripada kuman. Malah, ARYZA Chia Seed dibungkus digudang yang hanya membungkus biji chia untuk memastikan biji chia dalam keadaan terbaik dan bebas gluten.

Info Lagi >>

SUPERFOOD ARYZA Chia Seed  mengandungi :

  • 5x ganda kalsium berbanding susu
  • 2x ganda antioksida berbanding beri biru
  • 2x ganda kalium berbanding pisang
  • 8x ganda Omega-3 berbanding ikan salmon
  • 3x ganda zat besi berbanding bayam
  • 7x ganda vitamin C berbanding buah oren
  • 15x ganda magnesium berbanding brokoli.
  • Ia juga mengandungi protein, serat dan pelbagai mikronutrien. Biji chia bebas daripada bahan kimia, steriod, zero kolesterol dan merupakan makanan semulajadi.

ARYZA Chia Miracle Oil

Miracle Oil

Aryza Chia Miracle Oil

Aryza Chia Miracle Oil merupakan ‘beauty oil’ PERTAMA di Malaysia yang berasaskan SUPERFOOD Chia Seed. Bahan Utama, Minyak Chia yang diiktiraf ORGANIK ini diimport dari MEXICO sebelum diproses bersama gabungan bahan semulajadi yang lain seperti  Minyak Argan, Minyak Kelapa Dara dan Pelbagai lagi.

Minyak Chia merupakan bahan utama turun temurun sejak Zaman Mayan Kuno dan Keagungan Aztec, wanita Latin menggunakkannya sebagai bahan pelembap kulit, petua keremajaan, melebatkan rambut  dan merawat segala permasalahan kulit.

Info lagi >>

KEISTIMEWAAN

  • Minyak Essential pertama di Malaysia berasaskan bijian chia.
  • Minyak bijian chia organik diimport segar dari mexico.
  • Revolusi baru kecantikan yang telah dipraktikkan oleh wanita latin dan kini sesuai untuk kulit asia.
  • Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KMM NO : NOT 161202617K.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan pelbagai lapisan umur bayi hingga dewasa.
  • Bebas Silicon, Bebas Paraben, Bebas PEG dan Bebas Alkohol.
  • Trending di Korea dan Jepun.